Saturday 24 December 2011

Pengalaman Hidup. Ditipu Itu Indah! Alhamdulillah

Salam semua,
Alhamdulillah syukur kepadaNya, Yang Rahman Yang Rahim ada lgi kesempatan hidup di dunia ini.
Kali ni off topik skit, bkn crita bab duit tapi pengalaman hidup yg tak seberapa.

Yes.. Mmg betol statement di atas bgi yg dah lalui. Yang buruk berlaku dalam hidup kita atas angkara kita sendiri sejak kecil lagi. Berapa ramai antara kita tertipu dan hidup bermatlamat duit. Alangkah bodohnya jika ditipu kerana duit itu cuma sekeping kertas, yang dicipta oleh kita sendiri.

Bagusnya Allah bila setiap kali kita berusaha nak cari duit kita akan ditipu oleh org sekeliling. Kenapa ini berlaku? Formulanya senang tapi susah diterima akal. Modal kita PERCAYA kpda org, hasilnya kita DITIPU, hikmahnya KITA LEBIH BERILMU DAN MATANG. Paling rugi bila KEPERCAYAAN PADA MAKHLUK MELEBIHI KEPERCAYAAN PADA TUHAN. (sya sndri termasuk golongan ini)

Pasal duit ni sya pernah ditipu dalam dunia MLM,FOREX,LOAN,INVESTMENT,HARTANAH termasuk teman hidup (pompuan) dan golongan sesat bermodalkan agama. SALAH DIRI SENDIRI BUKAN ORG LAIN!

Kes 1 ; Berkenalan dgn srg mamat ni, tertarik dgn kemewahan dan personaliti dia terus yakin dgn ajakan dia akan guide cara main forex. Lost 5digit, masa, dan hubungan dgn dia. Sebab? Terburu-buru nk senang dan ada duit tpi xda ilmu pasal forex!. Alhamdulillah

Kes 2: Kena tipu bila beli tanah lot. bagi duit dlu tnpa tgk geran/ buat pemeriksaan di pejabat tanah status tanah tersebut. Stupid risk taker dan ada duit katakan. Alhamdulillah.

Kes 3: Kena tipu bayar cash, modal utk sepasang baju melayu RM65. Padahal buat dpt cara berhutang bila dah ada tapak niaga bln puasa n modal x sampai RM30 pn. Alhamdulillah untung gak 2k setelah bertidorkan dlm khemah niaga sebulan.

Kes 4: Kena tipu buat projek semaian pokok jarak utk BIODIESEL. Punca, berurusan dgn org ke 3. Alhamdulillah. Lost lgi.

Kes 5 : Belajar selok belok penipuan dalam MLM. Rupanya ramai mastermind bila ckup target lari ke Jakarta. Cepat btoi cara drg buat duit. Modalnya ofis cantik, kereta mewah n off course gebang besar dan putar alam. Alhamdulillah, ilmu baru.

Kes 6 : Baru ja kena minggu lepas. Time pagi ada org sms dia nk jual namelist customer, ptg plak ada org call minta nk namelist. Syarat dri supplier, bayar dulu then dia email namelist, xleh jmpa face2face. Syarat dari buyer, nk jmpa face2face, tgk list n bayar on the spot. Dia order 10k nama utk projek insuran, so sya dapatkan la. Then nk tmbah lgi 3k, pening sya sbb namelist 10k tu pn kluar modal dgn cara berhutang dgn org lain! Last2 deal x jdi. Punca dri ayat cabul sya je " HG NI MAIN2 DGN AKU KA?" Buyer makan hati terus x jadi. Skrg ni jenuh melilau cari buyer baru.

Byk lagi kes2 ditipu ni. terlalu byk utk dipost. PADAHAL SEMUA NI LUBUK DUIT KLO KENA PADA ILMU DAN AMALNYA.

So KESIMPULAN dari sya.

Klo anda ejen/supplier/businessman
- jgn berhutang utk dapatkan produk anda!
- jgn percaya 100% klo ada customer ckp aku nk amik btol2 ni.
Ada srg milionaire ckp rules nk kaya, DONT LOST YOUR MONEY.

Ni plak TIPS UTK CUSTOMER
- buat loan/credit card klo dah faham selok belok produk tu. Utk pra permohonan mcm buat pengiraan pada payslip, tlg padamkan 6 digit kt belakang no IC anda! IC ni hnya nk sahkan umur anda. Klo dh submit borang permohonan tu tawakal ja la, mklumat anda mungkin dibocor. JGN CUBA NK TIPU PAYSLIP ANDA, dgn IC ja bank boleh check payslip anda yg sebenar n pinjaman2 anda sblum ni.

KLO ada org buat survey maklumat peribadi anda, elakkan. Data tu akan dijual!

Tips kt atas hnya sebagai mengurangkan risiko ditipu. Mulut boleh menipu tpi hati sapa yg tahu?
Wallahualm. Yg baik dari Allah yg buruk dari sya. BACALAH dgn HIKMAH, jika ada KEBAIKAN SEBARKAN post ni. Jika ada KEBURUKAN DIAMkan.

-JADIKAN SABAR DAN SYUKUR SIFAT SETIA, CUKUPLAH AL QURAN PENYULUH HIDUP. Klo melayu bacalah terjemahan AQ bahasa melayu, jgn asyik dendangkan dlm bahasa arab yg kita x faham maksudnya.

3 comments:

  1. Mlm kebanyaian mah no downline no money

    ReplyDelete
  2. Susah nak jumpa orang yang mencari kebaikan di sebalik kesusahan ni.

    ReplyDelete
  3. Saya pun sama. Hidup selalu tertipu dgn skim itu inilah, tp syukur saya maseh ckp makan n gembira, naseb yg menipu saya mgkin lg teruk or hina

    ReplyDelete